Sunday, November 13, 2011

Sayang Adik

Cerita pengorbanan yang mengharukan.. moga sama2 menghayati dan memperoleh pengajaran..InsyaAllah..:)

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.


Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Wednesday, October 26, 2011

Syed Qutb

Kisah pengakhiran hidupnya...Ya..
Dia menerima hukuman itu dengan tenang... Sedikit pun dia tidak takut atau terkejut tatkala Mahkamah Khas Tentera Mesir menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

"Mati syahid.."katanya perlahan dan sempat pula dia mengulum senyum kepada mereka yang bertanya tentang hukuman yang akan diterimanya. Itulah Asysyahid Syed Qutb yang akhirnya pengakhiran hidupnya di tali gantung pada awal tahun 1965 yang mana setelah bertahun berjuang menegakkan kebenaran Allah. Wajahnya indah tersenyum.. Tiada langsung penyesalan.. setelah sebahagian besar hayatnya diserahkan untuk memperjuangkan kalimah teragung LA ILAHA IL-LALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH..

Beliau Syed Qutb, seorang sasterawan yang berjuang menegakkan kebenaran kerana penanya. Sebagai anggota pertubuhan Ikhwan Muslimin, beliau tidak pernah ragu atau takut untuk mengkritik pemimpin yang bertentangan dengan kehendak Allah. Beliau mulai menjadi anggota pertubuhan Ikhwan Muslimin pada akhir tahun 40-an. Asysyahid Syed Qutb sangat terpengaruh dengan keperibadian dan perjalanan hidup pengasas dan pemimpin perubuhan ini, Syeikh Hassan al-Banna yang telah ditembak mati oleh kakitangan kerajaan Malik Faruk pada tahun 1948.

Dalam Ikhwan Muslimin, Syed Qutb pernah diberi kepercayaan memimpin Majalah Al-Akhwanul Muslimin, suara rasmi Ikhwan Muslimin. Tajam penanya..hinggakan pihak pemerintah berasa bimbang dan mengambil tindakan untuk memberhentikannya daripada menulis. Pada tahun 1954, Syed Qutb ditangkap dan dipenjarakan selama 15 tahun atas tuduhan menyertai komplot untuk membunuh Presiden Jamal Abdul Nasser.

Sudah lumrah pejuang kebenaran, jalan mudah bukanlah laluannya kerana menuju kenikmatan hakiki inilah likunya.. walaupun dikurung dan terpisah dengan dunia luar, namun perjuangan Asysyahid Syed Qutb tidak pernah padam. Setiap karya dan bukunya tersebar bukan sahaja di dunia Arab, bahkan hingga seluruh dunia. Tulisannya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Itulah keistimewaan pemberian Yang Maha Esa kepada hamba yang mencintaiNya dan berusaha menegakkan agamaNya.

Antara karya Asysyahid Syed Qutb ialah "Petunjuk Sepanjang Jalan".. itulah antara karya berani tulisan beliau. "Petunjuk Sepanjang Jalan" berasal daripada judul asal "Mua'lim Fi Ttariq" yang telah diterjemah, mendedahkan kepincangan yang dihadapi oleh umat Islam masa kini, gejala yang boleh meruntuhkan umat dan pelbagai penyelewengan yang amat bertentangan dengan landasan Allah Ta'ala.

Semoga semangat dan perjuangan beliau meresap dalam diri para mujahid, mujahidah sekalian.

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal buruk bagimu,dan Allah yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah: 216)

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

Saturday, June 4, 2011

Sajak : Dia...

YA ALLAH
terima kasih kerna ENGKAU
mempertemukan aku dengan'nya',
menjodohkan aku untuk'nya',
dalam kehidupan ini.

Kehadiran'nya'
telah mengisi satu sudut di hati ini,
'dia',
mengajar aku erti kasih sayang,
rasa cemburu, dan sebuah kesetiaan...
mengajar aku erti menghargai

Terima kasih YA ALLAH
kerna KAU telah meminjamkan 'dia' buatku,
walaupun hanya sebentar,
dan bukan selamanya,
Namun...
aku, 'dia' maklum akan hukum alam,
bahwa

Setiap PERTEMUAN penghujungnya PERPISAHAN,
Berat untuk ditelan tetapi itulah hakikat sebenar,
Buat mendidik diri untuk lebih tabah dan bersedia,
Dalam persiapan menemui diri-MU.

Ya masa itu kian tiba,
cepat atau lambat
itulah tempohnya...

TERIMA KASIH YA ALLAH
Atas jalinan ini...


p/s : khas buat 'dia'...
bertemu dan mengenalmu walau seketika tetapi cukup meninggalkan satu kenangan
masam,manis dan pahit bagai bergabung menyatakan rasa masing-masing...terima kasih... :)


Saturday, May 14, 2011

~~Blog Berwajah Baru~~@_@

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya kita dapat dan masih berpeluang menghirup lagi udara nyaman muka Bumi Allah ini... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Bagaimana keadaan sahabat-sahabat sekalian??? Sudah terisikah perut yang sedang 'meronta' kelaparan??? Sihatkah anggota badan dan akal sahabat-sahabat semua??? erm... dan soalan terakhir daripada ana... Bagaimana iman kalian??? Sudah dikenyangkan dengan makanan rohani??? ^^

InsyaAllah...ana maklum...dan sahabat-sahabat juga maklum... Kesibukan 'demam peperiksaan' kadang-kala sering melalaikan kita tentang penjagaan kesihatan rohani dan fizikal diri... terutamanya buat hati-hati yang diberi 'cuti' olehNya... Doa' ana buat sahabat-sahabat semua... Moga kita mampu menjaga kesihatan rohaniah dan jasadiah masing-masing...Ameen... Moga semuanya juga dalam lingkungan rahmat dan peliharaan Allah Subhanallah Ta'ala hendaknya... InsyaAllah...

Walaupun kita dalam 'mood' peperiksaan...bagi ana lain pulak kisahnya...:) Apa yang laennya???...hehe...jawapan ana adalah...

MOOD BALIK KAMPUNG!!!!

Duhai negeriku yang jauh di kayangan...InsyaALLAH ana akan pulang menemuimu nanti...hanya dua minggu berbaki...bersabarlah~~Buat 'HATI' sabarlah dikau...

Berbalik kepada topik asal kita...~~Blog berwajah Baru~~ macam mana???adakah sahabat-sahabat tertarik dengan keindahan dan ke'cute'an landskap panda?
Jika YA...Alhamdulillah...Jika TIDAK jawapan kalian...juga Alhamdulillah...kerana apa? kerana ke'JUJUR'an dan ke'BERANI'an kalian dalam menyuarakan pendapat... Hakikatnya menyatakan kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit...setuju?

Sebelum tu ana nak ucapkan,
Tahniah~~
Terima kasih~~

dan kredit buat sahabat kita "Ucu" sebagai Pengarah Designer Blog bulan ini...
(*kenal siapa Ucu??? hehe...cuba cari bagi siapa2 yang belum mengenali 'si dia'~~>_<)

Bagi pendapat personal ana...ana suke3 dan suke3... dengan wajah baru blog kita...:) Latar blog lama ana suke3 dan suke3 jugak...sbbnya...
PURPLE is my favourite colour...
Jadi kesimpulannya...dua2 ana suke...^^

p/s : tangan hanya menari-nari mencatat apa yang terlintas di hati...asif jiddan andai sedikit berbelit dan pelik ayat2 ana nie~~ anggap saja ia seperti ayat2 mehilangkan tekanan peperiksaan...=.=...wassalam dari ana buat semua sahabat...




Thursday, May 12, 2011

Uwais al-Qarni...Kedatangannya Dinanti Sahabat

Assalamua'laikum w.b.t...
ungkapan istimewa buat sahabat sahabiah sekalian...^^

Alhamdulillah...dgn izin dan rahmatNya, hari ini kita menikmati satu pengalaman baru dalam kehidupan di ipg kan? :) Malam Munajat Perdana...solat berjemaah kita laksanakan, menikmati keasyikan malam, sambil mengingati Keesaan YANG MAHA ESA, di sebuah dataran kereta warga institut...
(**ayat entah apa2~~)

Tahniah dari kami Ustaz/ah Pai 1 buat semua warga kolej kediaman terutamanya buat Exco dan Naib Exco Biro Kolej Kediaman kita...saudara Muaz Hakimi dan sahabat kita dari Fikrah Wahidah, Ustazah Farah Diyana...Alhamdulillah atas kelincinan perjalanan program kita...:)

Berbalik kepada tajuk 'post' kali nie...hehe...
Semalam...ana tertarik dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh super senior kita, Ustaz Ariffuddin tentang kisah seorang insan yang bernama Uwais al-Qarni...adakah kalian mengenali siapakah insan mulia ini? Apakah keistimewaan sebenar di sebalik nama beliau sehingga pernah disebut oleh kekasih agung Rabbul Izzah ini? erm...nak tahu lebih lanjut Jom sama2 kita 'belek' sebuah artikel yang ana peroleh daripada blog Abah Atuk~~

**Artikel asal Uwais al-Qarni nie adalah hasil karya atau nukilan oleh Tuan Guru Dr. Harun Din...


Uwais al-Qarni Dan Doa Ampun dosa.

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada nabi “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi yang begitu dicari, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna, sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”.

Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu. Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”. Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit” Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Mohon ampun doa yang paling utama.

Selama ini kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? Doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang. Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali, sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Sistem Islam ini dikemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain. Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik. Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga.

Ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itulah, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Banyak masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau. Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih.

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Doa yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita supaya sampai kepada matlamat hidup iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa dosanya. Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi. Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta.

Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati. Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”. Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.



Saturday, May 7, 2011

Filem Pilihan : Inshaan & Laskar Pelangi


LAKAR PELANGI

"ISHAAN"

yang pasti InsyaAllah ade kaitannya dgn diri kita sbg seorg guru...cikgu...ustazah...dan seangkatannya...^^ moga kisah2 ini menyemarakkan lagi semangat kita dlm profesion keguruan ini...InsyaAllah...

Kisah 1 : Ishaan / Taare Zameen Par
Sebuah filem lakonan Amir Khan dan adek Darsheel Safary yang sangat menyentuh kalbu...

"Idiot!"
"Lazy!"
"Ishaan!"

begitulah antara ungkapan sinis yang sering kali kedengaran sepanjang perjalanan filem berlangsung...mengguris tangkai hati...mengalirkan rasa simpati dan kasih buat Ishaan, seorang murid yang istimewa...Ya..Ishan bukan murid biasa~~

Ishan, budak yang sering menimbulkan masalah sama ada di sekolah mahupun di rumah...dia punya seorang ibu yang sentiasa sibuk menguruskan hal rumah tangga...seorang ayah yang gigih mencari rezeki buat keluarga dan seorang abang yang sibuk dengan dunia remajanya...babak yang paling meninggalkan kesan buatku adalah saat Ishaan dihantar ke sekolah asrama...semuanya hanya dengan alasan denda kerana tindakannya bergaduh dgn rakan di sekolah... :( lebih kasihan, masalah pembelajaran yg dihantuinya selama ini langsung tidak disedari oleh para guru bahkan ibu bapanya sendiri...

Benar...guru mampu mengubah dunia...penyataan tepat menggambarkan tugas mulia seorang guru sejati...:) Masalah dihadapi Ishaan akhirnya disedari oleh seorang guru ganti di sekolahnya...bagaimana cara guru tersebut lakonan Aamir Khan mengatasi dilema kanak2 'Disleksia' itu??? hehe...jawapannya mudah...tonton dan alami sendiri kisah tersebut~~


Kisah 2 : Laskar Pelangi

Pernah menonton filem ini???^^
ya ini bukan filem baru...sudah hampir 4tahun ia ditayangkan(2008)...hanya baru2 ini saya mula menyedari kewujudannya...:) terima kasih buat saudara YDP yang mencadangkan...>_<

*ssshh....sape2 yg lum tengok...sila2 la tengok...percayalah...xrugi pon...

cerita ni sebenarnya diadaptasikan dr sebuah novel tulisan Adrea Hirata klu xsilap... ia mengisahkan tentang jerih perih sekumpulan pelajar miskin di sebuah sekolah bernama Sekolah Darul(SD) Muhammadiyyah...pelajarnya hanyalah seramai 10 orang...bersama Pak Arfan sebagai Guru Besar dan Ibu Mus sebagai guru...DI SINI mereka mencipta dunia mereka~~^^

kronologi filem 'Laskar Pelangi' meninggalkan banyak impak positif yg dpt kita ambil dan contohi...dan babak yang paling terkesan buatku adalah kata-kata keramat yang diucapkan oleh Pak Arfan, Guru Besar SD Muhammadiyyah khas buat kumpulan Laskar Pelangi :

"Hiduplah Untuk Memberi Sebanyak-banyaknya, BUKAN untuk Menerima Sebanyak-banyaknya..."

manis kan? kata2 yang cukup ringkas tapi sangat besar maknanya...erm...rasanya ini sj yang dpt dikongsi...banyak g sebenarnya nak ditulis tp takut bosan lak baca panjang2...kan?^^

buat cikgu-cikgi...ustaz-ustazah semua...moga kita dapat bik pengajaran n ikthbar dr dua kisah di atas...best kan jadi cikgu? :)


Wednesday, May 4, 2011

~~JADUAL PEPERIKSAAN SEM 1~~

Jadual Peperiksaan Akhir Sem 1 :


18 mei (8.30-11.00 pagi) : Falsafah Pendidikan

19 mei (2.30-5.00 ptg) : Perkembangan Kanak-kanak

24 mei (2.30-5.00 ptg) : Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam

25 mei (2.30-5.00 ptg) : Pedagogi Pendidikan Islam

*p/s : sebarang perubahan tertakluk kepada terma
dan syarat.

Ni la jadual kemungkinan tuk kita punya exam~~ana 'c0py'kan dari fb seorang sahabat...>_< so, be ready for coming so0n examination...hehe...(*to0 many grammar mistake...)

Tuesday, May 3, 2011

Tips study last minute?

lagi DUA minggu...'study week' bermula~~exam semakin menghampiri...erm...tahap ke'tensionan' semakin meningkat...seperti meningkatnya tahap larva di gunung berapi...so...sahabat2 sekalian dah 'prepare' lum? :)

ana yakin mesti ramai shbt yang suka sangat study last minute ni kan? macam dah jd lumrah...kebanyakkan student ipta termasuklah student ipg sendiri suka wat tabiat ni~~;)hehe..ana sendiri gak mcm tu...ishk3...teruk kan? ana ade tips tuk dikongsi...
Tips :
Ada yang bertanya ana... 'Macamana nak study last minit ha? Cuba bagi tips sket'. Ana pun terdiam. Berfikir jawapan yang sepatutnya dijawab...ade siapa2 nak tlg ana bagi jwpan??
kalu ana,ana akan jwb mcm ni : 'Senang je kalo ko nak study last minute..Macam ni...Cara die mudah je...Yang penting ko tak payah study awal-awal...So, secara autamatik ko perlu study last minute. Setuju?'...

Kesimpulan 'story' :
Ade ke tips sebenaq study last minute ni??? (*sama2 kita pikiaq sendiri no0 shbt2..) nak susah bukan orang lain tapi diri sendiri gak...jadi...pengajaran dari kisah ni...STUDY AWAL...Setiap kali lepas kuliah je, balik bilik terus baca apa yang dipelajari...(*jgn asyik STUDO je~~)

sbbnye...Kalau tak baca, percentage untuk lupa adalah agak tinggi kecuali antum semua memang dilahirkan genius-genius belaka. Study last minute adalah tidak digalakkan sama sekali. Kita semua bakal cikgu cekgi...InsyaAllah...Bukannya pelajar sains komputer...so, tak perlulah nak hadap laptop 24 hours...

Kesimpulannya...ade ke tips tu sebenarnya? hehe...jawapannya...ADA/TIADA*

Sekian terima kasih.
Buat sahabat2 ana semuanya :

"Selamat menghadapi peperiksaan dan selamat maju jaya." Moga kejayaan menjadi milik kita semua..ameen...

*jawapan di tangan antum...

Thursday, April 28, 2011

Jom Kongsi???

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...dah sekian lama kita semua xbersua dlm dunia maya kan???
Ada rasa rindu...tangan ini...hati ini...ingin mencoretkan pengalaman sepanjang 3 bulan terakhir ini~~

Tempoh itu...sangat lama...
pelbagai peristiwa, kegembiraan, kepahitan, keanehan, kelukaan, kepercayaan sebuah 'persahabatan' telah kita hadapi...dalam usaha untuk lebih memahami...namun...adakah kita ketahui...hikmah di sebalik semua ini...

dari Bina Insan Guru(BIG), bermula 8 Mac-11Mac mengajar kita erti ikatan kerjasama...kenangan bersama sahabat2 dan saudara Pai lain tidak mungkin ana lupakan...InsyaAllah...bagaimana sahabat2 ana sekalian??adakah kalian juga sama?? j0m kita imbas kembali...(*satu peristiwa paling menyentuh hati ana)

time tu jungle trekking...kita tawan bukit Sekayu~~tp dlm usaha kita semua menawan tu...masih ada shbt2 kita yg hmpir g0yah...ade yang pitam...ade yang terseliuh...ada yang cuak...ada yang(*fikir2kan sendiri kenangan itu~~)...dan mcm2 g...tp dengan laungan semangat shbt2 "ANDA HEBAT,ANDA BERJAYA"...semangat itu kembali dtg kan? Ya...jujurnya ana rindu suasana itu...masih wujudkah ia?

berlalu BIG...PBS menanti...masing2 membawa tujuan masing2...^^ kita semua... bln Mac benar2 bulan luar biasa...sangat menguji ketahanan mental dan fizikal~~ buat diri ana yang serba kekurangan...PBS banyak mengajar ana...dr sekecik-kecik aspek hingga sebesar-besar aspek...semuanya terungkap dalam sebuah catatan seorang 'guru kecil'...

April...April...April...
ada apa dalam April?duhai sahabatku sayang...izinkan ana mencoret rasa hati ini...
masihkah kalian ingat...Program TAUTAN NURANI yang kita anjurkan?bersama mereka 'adek2' kita~~Alhamdulillah...syabas ustaz ustazah sekalian...

kita semua maklum 'Kisah Kita'...tatkala persahabatan teruji ikatan kasih pengikat ukhwah...moga yang keruh dibuang, yang jernih kita ambil...ana sayang sahabat2 ana... tiada lafaz indah dpt ana katakan...hanya kata2 buat renungan kita bersama :

"Kita bergaduh dan bertelingkah bukan sebab kita betul atau dia salah tetapi diebabkan oleh bezanya cara kita memandang sesuatu...Oleh itu, Allah S.W.T ciptakan kita kasih sayang kerna di dalamnya ada saling faham memahami...Alangkah indahnya kehidupan ini..."

InsyaAllah...

Akhir kalam, maafkan diri ini andai ada sahabat2 yang terguris hati tatkala membaca luahan rasa dari ana...buat sahabat2 sekalian : "Sahabatku, aku bukan sahabatmu.."


Thursday, February 17, 2011

~~Rasulullah s.a.w Yang Dirindui~~

sempena Maulidur Rasul 15 Feb 2011...

Zamanmu Muhammad sudah berlalu,
Namamu masih melekat di hatiku,
Tak pernah bersua malah berjumpa,
Hanya doa dan selawat selalu padamu,
Kuharapkan syafaatmu di Mahsyar sana.

Sinar cahayamu tetap kami ingati,
Sepanjang zaman namamu tetap kami hargai,
Kami sayangi mukjizatmu Al Quran yang suci,
Menjadi bukti setia diri kami,
Agama dipelihara, Islam agama kami,
Muhammad ku doakan kau selalu mendoakan kami.

Rasulullah SAW , begitu agung namamu,
Rindu bertemu dengan mu,
Rindu pada suri tauladan yang kau berikan,
Rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu,
Rindu pada kedamaian yang kau ciptakan,
Rasulullah SAW , rindu kami pada pemerintahanmu,
Rasulullah, rindu kami juga pada keadilanmu,
Kami sanjungi pada keimananmu dan ibadahmu.

Umatmu kini Muhammad sering alpa,
Anugerah Allah tidak diharga,
Hubungan denganNya tidak dijaga,
Juga hubungannya denganmu mereka alpa,
Ku berdoa pada Yang Esa,
Moga ada jalan pulang untuk mereka,
Bersama menghayati agamu dan agama kita semua.

Muhammad SAW, aku rindu padamu,
Kasihku untukmu, selawat kukirim untukmu Muhammad,
Sebagai bukti sayangnya daku padamu,
Moga Allah kurnia dan merahmati hubungan ini,
Kau kuhargai, kusayangi lagi kuhormati.

Muhammad, moga suatu saat nanti,
Dapat kubertemu denganmu,
Dengan redha Allah padaku,
Moga dapat kita bersama di sana,
Syurga tempatmu juga moga untukku,
Muhammadku rindu padamu.

- Artikel iluvislam.com

Monday, February 14, 2011

..:: Jangan Khawatir, Tulang Rusuk Takkan Tertukar ::..


Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah...baru2 ini ana ada terbaca satu artikel daripada fb seorang shbt ana yang InsyaAllah pada fikiran ana dpt dikongsi dan dibuat renungan buat kita semua...InsyaAllah...

Semakin meniti usia, sbg remaja kita memang x dpt lari dr memperkatakan tentang ...Ia adalah fitrah dari Allah S.W.T buat makhlukNya yang bernama MANUSIA...cinta pada Sang Pencipta...Cinta pada RasulNya...Cinta pada Ibu Bapa...Cinta Sesama manusia...Cinta pada kemewahan...cinta pada binatang...dan mcm2 lg... tp yg menjadi fokus ana kali ini adalah Cinta kita kpd insan berlainan jantina... Jom kita Baca sama2~~^^

“ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, ketika ukhti sudah lulus”

“untuk apa antum katakan itu skrg akhi?... Jika belum siap adalah jawabannya, lalu mengapa harus antum katakan rencana tersebut pada saya? Tak tahu kah antum, kalimat itu menggoyahkan kekokohan iman yang susah payah saya bangun.”

Ketika antum mengatakan: “ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”

“Lantas, apakah dengan antum berkata seperti itu, lalu prilaku antum yang sering menelfon saya itu tidak berarti mengotori hati?. Antum memang sudah seharusnya menjaga hati, hingga tiba saatnya nanti untuk antum berikan seutuhnya kepada wanita yang berhak.”

Ketika antum mengatakan: “hati hati, di sana.. jaga diri baik baik..”

“Bukannya saya tidak suka diperhatikan dan dijaga, tapi cukuplah Allah yang akan menjagaku..Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”

Ketika antum mengatakan: “ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”

“Saya tidak bisa menjanjikan apapun, karena saya tidak tau apa yang akan terjadi nanti..”

Sebuah ibroh,

Wahai akhwat, jika datang kepadamu laki-laki baik-baik yang melamarmu, maka bisa jadi dialah pangeranmu.

Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah laki-laki lain, maka ikhlaskanlah. Bisa jadi dia bukanlah bidadarimu.

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk yang keji pula dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik….” (QS.24:26)"

Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin saya tak cukup baik untukmu, pasti ada wanita lain yang lebih baik untukmu.. Dan yakinlah, jika memang aku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lainpun, saya akan tatap menjadi pendampingmu..

Karena saya yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR


(Sebuah catatan dari seorang sahabat)


....Jalinan Kita....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi kerana setelah sekian lama, akhirnya blog Pai 1 mampu bernafas kembali hari ini...^^ (*hampir 4 bulan kita koma~~) Alhamdulillah...

Ahli Usrah Pai 1 juga semakin hari semakin sibuk dgn tugas dan tanggungjawab masing2...Maklum lah bak kata shbt2 semua.. kita kan dah masuk PISMP...dah senior dah pun...keperihan memasuki fasa 'kematangan' sedikit sebanyak kian terasa~~ (kalau da sahabat2 xterasa lg...erm...maksudnya belum matang lg la tu...) tp satu shj yang ingin ana coretkan, ingatkan, dan nasihatkan sahabat2 ana sekalian...


"Ketika mana kau selesa dgn nikmat kesenangan, ketika itulah ujian nikmat Dari Tuhan. Dan ketika kau memilih merasai jerih kesusahan, barulah kau sedar engkau hidup sentiasa berteman..Sesungguhnya sukar mencari hamba yg disayangi tuan tetapi cinta Tuhan tidak mngenal insan..subhanallah^^"

Ana sngt b'harap sahabat2 ana serta ana sendiri dpt menghayati dan menyematkan ia kukuh fi qalbina...:) Moga kita dpt saling ingt mengingati bahawa setiap detik yg berlalu akan tersia-sia andai tidak kita manfaatkan ia dlm misi penyebaran dakwah Islamiah kita pada hari ini...Wallahua'lam...

*sedikit coretan setelah mood 'kerajinan dan keterujaan' menulis muncul~~ mungkinkah semangat Action Song Competition ptg td mempengaruhi?? ;)