Wednesday, October 13, 2010








emm.. besnyer jamuan raya bersama tutor km.. wlwpun dkt 'pulau Kapas' jer.. tp tetap meriah.. ye laa.. km kn jarang ngn Puan Rosnah.. selau bz.. sebelum makan 2 Puan sempat nasihat km.. antara nasihat yang dpt dipetik ialah.. Kurangkan gula dalam minuman.. tambahkan manisan dalam senyuman,,, bermakna dan mendalam 2.. ps2, masa Faiz n Zul buat air.. tb2 Puan tegur.. sbb buat air sejuk.. Puan ckp xelok minum air sejuk pagi2 ney.. tp xpala hri ni jaa... hik3.. Puan pesan lg.. jgn byk minum air yg berwarna,, sbb xelok untuk kesihatan,, haa.. igt 2 kwn2.. pesanan Puan Rosnah.. masa km tengah sedap2 mkn.. tb2 Puan ckp.." isk sy pntang btul la bla mkn dlm pggn plstrin,, ley mncemarkan udara..." haa.. tgk 2.. mndalam fikiran Puan,, klw kita, msti ckp.. alaa,, skali skala.. nnti xpyh basuh,, trus buang jer.. tp Puan fikirkan kselurhan.. memg sng kerja tp ley cemarkan udara n efek kt org laen jugak.. hmm.. so, fikir-fikrikn lah kawan2!!





Ceria muka Puan Rosnah di pagi hari...






Ingat Puan ckp apa... jgn makan dalam polisterin... BAHAYA!!!

Sedap air sarsi dorang buat... hehe






Wednesday, July 28, 2010

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Marilah sama-sama kita menghayati kisah ini..=)

Pada zaman dahulu ada seorang hamba Allah bernama Abul Hassan yang menunaikan haji di Baitul Haram. Sewaktu tawaf tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar wajahnya.
" Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Wanita itu yang kebetulan mendengar ucapan Abul Hassan bertanya,
" Apakah katamu wahai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau."

Abul Hassan bertanya, " Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban dan aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain manakala yang satu lagi masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan anak pertamaku berkata kepada adiknya, " Hai adikku, sukakah kamu jika aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"
Jawab adik, " Baiklah kalau begitu?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa takut setelah melihat darah memancut keluar dan lantas lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya sehingga mati kehausan dan ketika itu aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya lalu tumpah dan mengenai badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka dia jatuh pengsan hingga sampai ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara."

Lalu Abul Hassan bertanya, " Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"
Wanita itu menjawab, " Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan dia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeda. Walaupun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan dengan mengeluh, maka orang itu tidak mendapat apa-apa malah sia-sia belaka."

Kesimpulan cerita, kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap musibah dan dugaan daripada Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: " Tidak ada balasan bagi hambu-Ku yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh, perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram, kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah: merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh jika dia mati sebelum taubat maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah..
" Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah."
(Surah An-Nahl 16:127)
Wallahualam.

Saturday, July 24, 2010

Pai 1...chaiyok2....


Alhamdulillah....
inilah muka-muka guru pelatih pai1 ambilan julai 2009...
moga kalian menjadi guru yang berjaya..
-bersama merealisasikan IPG zikir-








Ana ingin kongsi sesuatu..
Antara ciri keperibadian seorang sahabat yang soleh iaitu:

* Mendekatkan diri kita dengan Allah SWT

* Dakwah dan tarbiyah adalah jalan mereka

* Menjauhi kekerasan

* Beransur-ansur dalam memperbaiki diri

* Amali produktif dan menjauhi punca-punca perselisihan

* Elak diri daripada pengaruh jahiliyyah

*Tidak derhaka kepada ibubapa

* Cintai kecemerlangan dan tidak berbuat dosa besar

* Akhlak yang baik

* Tarbiyah sebagai ikutan

* Ibadahnya terjaga

p/s:SeLamAt BerAmaL...=)

DoA WeHDaH

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون


لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar

First Post

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,akhirnya pai1 berjaya menghasilkan satu blog..
Diharapkan melalui blog ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kami. Selain itu juga, apa sahaja maklumat yang boleh dikongsi,boleh lah di post dalam ni sama ada perkara yang berkaitan dengan pelajaran,nota dan perkara-perkara ilmiah lain...
wasslam...