Wednesday, October 26, 2011

Syed Qutb

Kisah pengakhiran hidupnya...Ya..
Dia menerima hukuman itu dengan tenang... Sedikit pun dia tidak takut atau terkejut tatkala Mahkamah Khas Tentera Mesir menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

"Mati syahid.."katanya perlahan dan sempat pula dia mengulum senyum kepada mereka yang bertanya tentang hukuman yang akan diterimanya. Itulah Asysyahid Syed Qutb yang akhirnya pengakhiran hidupnya di tali gantung pada awal tahun 1965 yang mana setelah bertahun berjuang menegakkan kebenaran Allah. Wajahnya indah tersenyum.. Tiada langsung penyesalan.. setelah sebahagian besar hayatnya diserahkan untuk memperjuangkan kalimah teragung LA ILAHA IL-LALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH..

Beliau Syed Qutb, seorang sasterawan yang berjuang menegakkan kebenaran kerana penanya. Sebagai anggota pertubuhan Ikhwan Muslimin, beliau tidak pernah ragu atau takut untuk mengkritik pemimpin yang bertentangan dengan kehendak Allah. Beliau mulai menjadi anggota pertubuhan Ikhwan Muslimin pada akhir tahun 40-an. Asysyahid Syed Qutb sangat terpengaruh dengan keperibadian dan perjalanan hidup pengasas dan pemimpin perubuhan ini, Syeikh Hassan al-Banna yang telah ditembak mati oleh kakitangan kerajaan Malik Faruk pada tahun 1948.

Dalam Ikhwan Muslimin, Syed Qutb pernah diberi kepercayaan memimpin Majalah Al-Akhwanul Muslimin, suara rasmi Ikhwan Muslimin. Tajam penanya..hinggakan pihak pemerintah berasa bimbang dan mengambil tindakan untuk memberhentikannya daripada menulis. Pada tahun 1954, Syed Qutb ditangkap dan dipenjarakan selama 15 tahun atas tuduhan menyertai komplot untuk membunuh Presiden Jamal Abdul Nasser.

Sudah lumrah pejuang kebenaran, jalan mudah bukanlah laluannya kerana menuju kenikmatan hakiki inilah likunya.. walaupun dikurung dan terpisah dengan dunia luar, namun perjuangan Asysyahid Syed Qutb tidak pernah padam. Setiap karya dan bukunya tersebar bukan sahaja di dunia Arab, bahkan hingga seluruh dunia. Tulisannya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Itulah keistimewaan pemberian Yang Maha Esa kepada hamba yang mencintaiNya dan berusaha menegakkan agamaNya.

Antara karya Asysyahid Syed Qutb ialah "Petunjuk Sepanjang Jalan".. itulah antara karya berani tulisan beliau. "Petunjuk Sepanjang Jalan" berasal daripada judul asal "Mua'lim Fi Ttariq" yang telah diterjemah, mendedahkan kepincangan yang dihadapi oleh umat Islam masa kini, gejala yang boleh meruntuhkan umat dan pelbagai penyelewengan yang amat bertentangan dengan landasan Allah Ta'ala.

Semoga semangat dan perjuangan beliau meresap dalam diri para mujahid, mujahidah sekalian.

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal buruk bagimu,dan Allah yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah: 216)

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.